Dalam pandangan Islam Hana

Anne (bahasa Arab: Hannah) juga dimuliakan dalam Islam, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang tinggi budi pekerti, sangat mulia dan penuh dengan roh kemuliaan, seperti anaknya Maryam, ibu Nabi Isa a.s.. Al-Quran menyatakannya beliau adalah anak perempuan Faqud. Hana kekal tidak beranak sehingga umurnya melanjut tua. Pada suatu hari, seekor burung telah datang, dan beliau melihat burung tersebut memberi makan anak-nak burung kecil di suatu sarang diatas pokok, lantas beliau teringin mahukan seorang anak. Beliau berdoa, lalu permintaannya dipenuhi. Namun begitu, suaminya Yehoyaqim (Imran) tidak dapat melihat anaknya, kerana meninggal dunia sebelum anaknya dilahirkan.

Hann menganggap anaknya yang dilahirkan itu seorang lelaki, Hana berjanji untuk mendedikasikan anaknya kepada Masjid (atau kuil Yahudi kedua) untuk berkhidmat untuk agama. Seraya Hana berkata: "Wahai Tuhan! Saya dedikasikan kepada-Mu apa yang ada dalam kandungan rahimku untuk berkhidmat di (Baitul Maqdis): Maka terimalah: Kepada Tuhanmu lah yang mendengar dan mengetahui segala sesuatu." (Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 35).[5][6]

Walaubagaimanapun, sebaliknya telah berlaku, Hana mendapat cahaya mata perempuan, maka dinamakannya Maryam. Al-Quran menceritakan kisah Hana tentang hal ini.

"Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya, seorang anak perempuan: dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu: dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamainya Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk". Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik, dan Allah menjadikan Nabi Zakaria a.s. pemeliharanya. Setiap Zakaria kali masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan disisinya. Zakaria berkata: Wahai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?. Maryam menjawab: Makanan itu dari Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa hisab (perhitungan)". (Al-Quran, Surah Ali-Imran, 3: ayat 36-37).

Rujukan

WikiPedia: Hana http://elcic.ca/What-We-Believe/Martin-Luther.cfm http://www.claireheartsong.com/books.html http://www.lib.rochester.edu/camelot/teams/44sr.ht... http://www.christianiconography.info http://www.christianiconography.info/anne.html http://www.christianiconography.info/goldenLegend/... http://www.christianiconography.info/protevangeliu... http://www.americancatholic.org/Features/Saints/sa... http://www.ccel.org/ccel/schaff/anf08.vii.v.i.html http://isni.org/isni/0000000107883393